Perasmian Pusat Dialisis Rakyat Parlimen Ampang



Ampang – Pusat Dialisis Rakyat pertama di Ampang telah sempurna dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 20 Jun 2009 bertempat di Dewan Datuk Tahir Karim.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Ampang Puan Hajah Zuraida Kamaruddin seta ADUN bagi kawasan Bukit Antarabangsa Tuan Azmi Ali dan dijayakan lagi dengan kehadiran Timbalan Speaker Negri Selangor Puan Harniza Talha, Adun Lembah Jaya Tuan Khassim Abdul Aziz, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lolo Ghazali, seta beberapa lagi pimpinan lain.

Apa yang menarik adalah Pusat Dialisis Rakyat merupakan antara yang pertama di usahakan dan ia adalah milik rakyat. Ia merupakan salah satu usaha bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat serta membangunkan rakyat menerusi ” Merakyatkan Ekonomi Selangor “.

Sebelum ini ia merupakan Dewan Orang Ramai dan kini hasil dari keperihatinan Ahli Parlimennya Puan Hajah Zuraida serta kerjasama semua pihak hasilnya ia telah di bangunkan menjadi Pusat Dialysis Rakyat dan menjadi pusat kesihatan dengan fungsinya yang lebih bermanfaat.

Penubuhan pusat perubatan ini bertujuan membantu rakyat khususnya pesakit buah pinggang terutama bagi golongan berpendapatan rendah agar tidak terlepas untuk mereka mendapatkan rawatan dan meningkatkan tahap kesihatan di samping mampu meringankan beban kewangan mereka lebih lagi dalam keadaan ekonomi kita yang semakin tidak stabil.

Tujuan Pakatan Rakyat sebelum ini yang ingin mengambil alih dewan adalah kerana kita mahu membangunkannya dan memulangkan semula kepada rakyat bagi membolehkan fungsinya untuk membantu rakyat. Tanah dan tapak bangunan berkenaan adalah milik rakyat maka wajarlah kita menggunakan dan memanfaatkan sebaik mungkin untuk di beri kepada rakyat. Seperti moto kami ” Dari Rakyat, Kepada Rakyat Untuk Rakyat “.

Apa yang lebih menarik apabila Pusat Hemodyalisis ini yang merupakan Model Ampang turut akan di kembangkan kepada kawasan kawasan lain untuk di jadikan pusat kesihatan khususnya di Selangor.

Menteri Besar Selangor memberitahu adalah lebih berfaedah apabila dewan di selangor ini di manfaatkan kepada pusat kesihatan atau kebajikan yang boleh di gunakan oleh semua pihak daripada hanya menjadi pusat pertemuan sesetangah pihak untuk mengadakan mesyuarat.

Apa yang pasti tujuan kita adalah membantu rakyat, perubahan perlu di lakukan demi membela nasib rakyat dan kita perlu sedar amanah yang di galas dan kita akan membantu sesiapa sahaja tidak kira kaum, bangsa dan agama atau kefahaman politik.


0 comments:

Post a Comment