Perasmian Kg Contoh Parlimen Ampang

Ampang – Kampung Bukit Sungai Putih yang asalnya merupakan kampung setinggan hari ini di nobatkan menjadi kampung contoh di bawah Parlimen Ampang. Ianya di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kampung berkenaan yang merupakan di bawah Dun Lembah Jaya sebelum ini hanya mempunyai 150 buah rumah dan hari ini lebih 400 keluarga menghuni kawasasn berkenaan. Yang lebih menarik lagi kawasan berkenaan berpotensi di bangunkan sebagai kampung industri di mana ia sekaligus akan meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Yang lebih menarik lagi apabila kerajaan kini merancang untuk menghubungkan jalan alternatif ke Pahang melalui Lembah Jaya dan usaha tersebut mampu menaik taraf ekonomi penduduk berkenaan.

Menurut Ketua Kampungnya selama ini tidak pernah sekalipun Menteri Besar meninjau di kawasan berkenaan dan lebih menyedihkan apabila ada sebilangan pihak yang membuat laporan polis sempena majlis ini kononya saya yang di tuduh samseng kampung yang dulunya bertujuan mempertahankan kampung ini menganjurkan progam sebegini.

Sedangkan kita sedia maklum kerajaan dulu di bawah kepimpinan Barisan Nasional tidak pernah sekalipun cuba membantu kami malah kami yang sebelum ini memohon untuk mendapatkan geran sering di lepas pandang dan tidak di hiraukan. Sehinggalah ke hari ini ada juga yang sudi membela nasib kita malah mengangkat kampung ini sebagai kampung contoh.

Pemilihan di lakukan bedasarkan kesepakatan antara masyarakat serta aktiviti aktivit dan keadaan kampung yang begitu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menggungjungnya. Malahg penduduk juga telah membangunkan kawasan yang dahulunya setinggan dengan perancangan yang sangat rapi. Malah kebersihan serta suasana tidak berubah seperti berada di kampung halaman. Kini amat sukar bagi kita melihat keadaan sebegini lebih lagi apabila kita berada di pinggir kuala lumpun yang mana ada pihak berkepentingan hanya mementingkan pembangunan.

Dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan pihak pejabat daerah membantu menyelesaikan isu pemberian hakmilik tanah Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Ampang malah akan di bantu kerajaan negeri bagi mempelbagai aktiviti ekonomi yang memberansangkan malah kampong ini berpotensi besar untuk dimajukan dengan pelbagai kegiatan ekonomi kerana ramai penduduknya terlibat dengan industri kecil-kecilan.

Antara produk yang dihasilkan ialah tempe, jahitan dan batik lukis yang telah lama bertapak dan sangat berpotensi untuk dikormersialkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu golongan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mampu membina pemuafakatan yang lebih kukuh.

Malam persiapan sebelum majlis bermula….

Perasmian Pusat Dialisis Rakyat Parlimen Ampang



Ampang – Pusat Dialisis Rakyat pertama di Ampang telah sempurna dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 20 Jun 2009 bertempat di Dewan Datuk Tahir Karim.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Ampang Puan Hajah Zuraida Kamaruddin seta ADUN bagi kawasan Bukit Antarabangsa Tuan Azmi Ali dan dijayakan lagi dengan kehadiran Timbalan Speaker Negri Selangor Puan Harniza Talha, Adun Lembah Jaya Tuan Khassim Abdul Aziz, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lolo Ghazali, seta beberapa lagi pimpinan lain.

Apa yang menarik adalah Pusat Dialisis Rakyat merupakan antara yang pertama di usahakan dan ia adalah milik rakyat. Ia merupakan salah satu usaha bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat serta membangunkan rakyat menerusi ” Merakyatkan Ekonomi Selangor “.

Sebelum ini ia merupakan Dewan Orang Ramai dan kini hasil dari keperihatinan Ahli Parlimennya Puan Hajah Zuraida serta kerjasama semua pihak hasilnya ia telah di bangunkan menjadi Pusat Dialysis Rakyat dan menjadi pusat kesihatan dengan fungsinya yang lebih bermanfaat.

Penubuhan pusat perubatan ini bertujuan membantu rakyat khususnya pesakit buah pinggang terutama bagi golongan berpendapatan rendah agar tidak terlepas untuk mereka mendapatkan rawatan dan meningkatkan tahap kesihatan di samping mampu meringankan beban kewangan mereka lebih lagi dalam keadaan ekonomi kita yang semakin tidak stabil.

Tujuan Pakatan Rakyat sebelum ini yang ingin mengambil alih dewan adalah kerana kita mahu membangunkannya dan memulangkan semula kepada rakyat bagi membolehkan fungsinya untuk membantu rakyat. Tanah dan tapak bangunan berkenaan adalah milik rakyat maka wajarlah kita menggunakan dan memanfaatkan sebaik mungkin untuk di beri kepada rakyat. Seperti moto kami ” Dari Rakyat, Kepada Rakyat Untuk Rakyat “.

Apa yang lebih menarik apabila Pusat Hemodyalisis ini yang merupakan Model Ampang turut akan di kembangkan kepada kawasan kawasan lain untuk di jadikan pusat kesihatan khususnya di Selangor.

Menteri Besar Selangor memberitahu adalah lebih berfaedah apabila dewan di selangor ini di manfaatkan kepada pusat kesihatan atau kebajikan yang boleh di gunakan oleh semua pihak daripada hanya menjadi pusat pertemuan sesetangah pihak untuk mengadakan mesyuarat.

Apa yang pasti tujuan kita adalah membantu rakyat, perubahan perlu di lakukan demi membela nasib rakyat dan kita perlu sedar amanah yang di galas dan kita akan membantu sesiapa sahaja tidak kira kaum, bangsa dan agama atau kefahaman politik.


Program Media Rakyat 2009

Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Media Rakyat yang disasarkan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor bertujuan untuk mewujudkan generasi celik IT yang mampu untuk menjadi penyumbang berita-berita setempat dengan memanfaatkan penggunaan media baru Internet seperti blog, vlog, laman "social networking" dan lain-lain lagi.

Program ini dijalankan secara terbuka dan ianya adalah percuma kepada seluruh rakyat. Program dijalankan selama 2 hari di mana pada hari pertama penekanan khusus diberikan kepada pengetahuan teknikal penggunaan aplikasi media baru dan pada hari kedua pula penekanan diberikan kepada pengetahuan asas dalam bidang jurnalisme dan kewartawanan. Para peserta program juga disediakan makan minum dan penginapan percuma di Intekma Resort, Shah Alam.

Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang 3 sesi program yang telah diadakan dengan jayanya pada 11-12, 13-14 dan 17-18 Jun 2009.


Selamat Datang ke SelangorStringers.blogspot.com

Kami dari SelangorStringers akan membawakan liputan berita-berita yang berlaku di sekitar negeri Selangor Darul Ehsan.